Friday 21 March 2014

Sejarah ringkas bumi Morocco



Maghribi atau Morocco ialah sebuah negara di Afrika Utara yang mempunyai satu garis pinggir laut yang panjang di sepanjang Lautan Atlantik yang menjangkau Selat Gibraltar sehingga Laut Mediterranean. Negara ini bersempadan dengan Algeria di timur, Laut Mediterranean dan Sepanyol di utara, dan Lautan Atlantik di barat. Sempadan selatannya telah dipertikaikan. Maghribi menuntut hak milik Sahara Barat dan telah mentadbirkan kebanyakan wilayah itu sejak tahun 1975.


Morocco juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan raja berperlembagaan dan merupakan negara Afrika tunggal yang bukan ahli Kesatuan Afrika. Bagaimanapun, Morocco adalah ahli Liga Arab, Kesatuan Maghribi Arab, Pertubuhan Persidangan Islam, Kumpulan Dialog Mediterranean, Kumpulan 77, La Francophonie serta sebuah sekutu bukan NATO Amerika Syarikat yang utama.



KEDUDUKAN MOROCCO DALAM NEGARA AFRIKA UTARA

SUMBER : PETA MOROCCO

No comments:

Post a Comment